DUNIA DILANDA WABAK BERBAHAYA!!



Hye!! Assalamualaikum Guys.. Hari ini 04 April 2020 jam 06.00pagi aku berkesempatan untuk menulis blog memandangkan saranan daripada Perdana Menteri kita sendiri iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan melarang semua rakyat Malaysia untuk tidak menjalankan aktiviti harian seperti sebelum ini. PKP ini telah bermula pada 18 march 2020 (Fasa 1) sehingga 31 March 2020 tetapi dilanjutkan sehingga 14 April 2020 (Fasa 2) memandangkan jumlah kes pesakit yang dijangkiti dengan virus ini semakin meningkat saban hari. Sidang Media akan diadakan semula pada 10 April 2020 ini bagi menentukan samaada PKP ini akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020 (fasa 3) ataupun tidak.



  Virus ini dikatakan berpunca daripada Pasar makanan laut di Wuhan, China. Pasar ini dikatakan menjual pelbagai makanan eksotik seperti daging kucing, anjing, kelawar dan macam2 lagi. Corona Virus ini dikatakan datangnya daripada tubuh kelawar itu sendiri. Virus ini dikatakan telah menular satu dunia sehinggakan hari ini tiada 1 saintis sekalipun yang mampu menemukan ubat Covid-19 ini.

    
Covid-19 ini juga dikatakan tidak menular melalui udara tetapi lebih kepada sentuhan.. Walaupun tidak menular melalui udara ia masih berbahaya gais... Jadi, untuk pencegahan dari terkena Virus Covid-19 ini adalah diingatkan anda supaya membeli Handsinitizer dan senantiasa membawanya kemana2 saja anda pergi. 
Pemakaian topeng muka adalah tidak digalakkan sama sekali bagi yang sihat kerana permintaan dalam pasaran topeng muka dilihat sangat tinggi dan kebanyakkan penjual mengalami kehabisan stok. Ini mengakibatkan pesakit yang mempunyai sindrom batuk-batuk mampu menularkan virus ini kepada orang lain. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1k5gGt2V7AJLQD4vPYArwDjUZWkZfXO4s